Assalamualaikum,
Sukacita dimaklumkan bahawa MedicMesir menguruskan secara berkelompok TUNTUTAN SEMULA kesemua tiket yang dibeli melalui wang persendirian semasa proses evakuasi tempoh hari.
Urusan tuntutan ini terhad kepada 80 pelajar pelbagai agensi yang mendapatkan khidmat MedicMesir untuk mendapatkan tiket. Untuk mempastikan tiada nama-nama yang tercicir, sila rekodkan makluman anda disini.
Sesiapa yang ingin membuat tuntutan, sila hantar dokumen dibawah melalui email ke medicmesir@gmail.com. Fax dan pos tak akan dilayan.
Dokumen yang diperlukan:
1. Salinan tiket
2. Salinan Boarding Pass
3. Salinan passport (muka depan) dan muka cop keluar dari Mesir.
4. Salinan kad Pengenalan.
5. Muka depan Buku Bank yang menyatakan nombor akaun bank.
Sila hantar kesemua dokumen diatas melalui email sebelum hari Ahad , 27hb Februari 2011. Semoga usaha ini membantu.
Salam,
UmmiMM
No comments:
Post a Comment