Salam semua yang dikasihi,
Alhamdulillah, Ummi sempat bersama-sama 784 pelajar kumpulan pertama yang sampai di Kompleks Bunga Raya, KLIA, jam 10pagi tadi. Terimakasih tak terhingga kepada pejabat PM kerana memberi laluan kepada Ummi untuk bersama-sama didalam Kompleks Bunga Raya.
TerimaKasih kepada semua yang terlibat didalam operasi Ops Piramid. Semoga Allah swt membalasnya dengan balasan yang baik.
Alhamdulillah, Ummi sempat membuat perbincangan awal secara ringkas dengan beberapa Menteri yang berkaitan di Kompleks Bunga Raya mengenai masa depan isu akademik pelajar-pelajar perubatan di Mesir. Perbincangan yang telah diadakan tadi adalah dengan Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Tan Sri Mohamad Sidek, Ketua Setiausaha Negara. InshaAllah perbincangan lanjut akan diadakan esok dengan pegawai yang telah dipertanggungjawabkan.
YB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut meminta MedicMesir untuk membuat perbincangan lanjut dengan MARA.
Mengenai tarikh bila sepatutnya balik ke Mesir. MedicMesir akan menyerahkan sebulat-bulatnya kepada pihak kerajaan Malaysia. Biar apapun tarikh permulaan Universiti, pihak MedicMesir merasakan isu keselamatan harus diutamakan. Oleh itu, kita akan menunggu pengumuman selanjutnya. InshaAllah
(gambar diatas bersama-sama anak2 Mesir yang sampai di dalam kumpulan pertama ini)
Semoga penghantaran semua pelajar yang masih di Jeddah akan berjalan dengan lancar. Ameen!
Syukor Alhamdulillah,
UmmiMM
la abg samhan balik jugak???1st trip lak tu...mana aci ni... :P
ReplyDeleteowhh ni ummi..saya nmpk kat airport gado ngan arab mntap je..
ReplyDeletedanial>>>>mmm nak dok negara Arab..kena pandai gaduh cam Arab..hehe
ReplyDeleteZanief>> trio yg kata x nak balik...balik last flight ..so direct mai malaysia
ReplyDelete