Tuesday, 28 July 2009

SPIES - Program Kepimpinan MAHASISWA dan PERSEDIAAN EMOSI SEBELUM BERANGKAT!

HARI PERTAMA

08:00 - 09:00 pg. Pendaftaran Kursus dan Penginapan

Doa Pembukaan Program

Taklimat Program (aturcara dan keselamatan)

09:00 - 10:30 pg. Sesi 1: Pemecahan Bendungan

* Bacaan doa harian dan doa menuntut ilmu

* Kenali nilai diri dan nilai pasukan

*Aktiviti Binggo

10:30 – 11:00 pg. Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal

11:00 - 01:00 tgh. Sesi 2: Pengenalan Umum SPIES (Apa Itu SPIES)

* S.P.I.E.S. dan peranannya dalam kehidupan

* Pembentukan kepimpinan mahasiswa berteraskan S.P.I.E.S

* LDK : Perbincangan nilai

* Pembentangan dan rumusan

* Bacaan doa harian dan doa penutup

01:00 - 02:30 ptg. Makan Tengahari, Solat Zohor Berjemaah, Zikir Munajat, Renungan Hadith, Selawat dan Bersalaman

02:30 - 04:30 ptg. Sesi 3: Spiritual (Kenali Diri)

* Bacaan doa harian dan doa menuntut ilmu

* Siapa kita, untuk apa kita dijadikan dan mahu ke mana kita selepas ini

* LDK : Perbincangan Pelan Strategik

* Pembentangan dan rumusan

04:30 - 05:30 ptg. Minum Petang, Solat Asar Berjemaah, Zikir Munajat, Renungan Hadith, Selawat dan Bersalaman

05:30 – 06:30 ptg. Fizikal (Hidup Bertenaga)

Riadah dan Pertandingan Antara Kumpulan

06:30 – 07:15 mlm. Persiapan Diri dan Makan Malam

07:15 – 09:15 mlm. Solat Maghrib Berjemaah, Zikir Munajat, Kuliah Maghrib : Solat dan aplikasi dalam kehidupan

Penerangan Khaifiat qiammullail Solat Isya Berjemaah, Doa, Selawat dan Bersalaman

09:15 - 10:45 mlm. Sesi 4: Intelektual (Kepemimpinan Mahasiswa)

* Peranan Mahasiswa membentuk kepimpinan

* Kepentingan menuntut ilmu

* Tanggung jawab mahasiswa kepada agama, bangsa, negara dan negeri

* LDK : Perkongsian pengalaman menjalani kehidupan di luar negara.

* Rumusan dan saripati pembelajaran

10:45 – 11:00 mlm. Doa Harian, Doa Penutup, Selawat dan Bersalaman

Minum Malam dan Rehat

Hari Kedua

04:00 - 04:30 pg. Bangun Pagi dan Persiapan Diri

04:30 – 06:00 pg. Qiammullail dan Zikir Munajat dan Doa

06:00 - 08:00 pg. Solat Subuh Berjemaah, Zikir Munajat, Renungan Hadith, Selawat dan Bersalaman

Ceramah Pagi : Persiapan Diri Sebelum Keluar Negara.

(Persiapan Diri Secara Bersepadu Berteraskan SPIES)

08:00 – 08:30 pg. Sarapan Pagi dan Persiapan Diri

08:30 – 10:00 pg. Emosional (Mengurus Emosi) dan Peneguhan S.P.I.E.S.

* Bacaan doa harian dan doa menuntut ilmu

* LDK : Perbincangan Kumpulan

* Manifestasi kefahaman terhadap S.P.I.E.S.

* Hubung kait SPIES, antara pembelajaran dengan kehidupan mahasiswa di luar negara

10:00 - 10:30 pg. Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal

10:30 - 12:00 tgh. Sosial (Hidup Memberi) dan Pembentangan Kumpulan

* Persembahan manifesto kumpulan

* Rumusan perlaksanaan S.P.I.E.S. dalam kehidupan di luar negara.

* Rangka tindakan dan aku janji kepimpinan pelajar/mahasiswa yang akan di luar negara.

12:00 - 02:00 ptg. Majlis Penutupan

Penyampaian Sijil

Makan Tengahari, Solat Zohor Berjemaah, Zikir Munajat, Renungan Hadith, Selawat dan Bersalaman

Bersurai

JANGKA MASA >7-8 hb Ogos 2010

BILANGAN PESERTA > terhad kepada 100 orang peserta

KUMPULAN SASARAN PRIORITI > Pelajar yang akan ke Mesir & Rakyat negeri Selangor

Makan minum, penginapan, bahan kursus, sijil kecemerlangan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment