Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka sehingga 1hb Ogos 2017. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday, 15 June 2013

ALEXANDRIA Universiti, EME, MARA Cakna Masalah Mahasiswa.

Universiti, EME, MARA Cakna Masalah Mahasiswa.
Written by Amal | 14/06/2013 | 0

Rujukan http://iskandariah.perubatan.org/2013/06/universiti-eme-mara-cakna-masalah-mahasiswa/

Iskandariah, Sabtu- Satu perjumpaan telah diadakan antara pihak pengurusan Fakulti Perubatan, Education Malaysia Egypt (EME), Majlis Amanah Rakyat (MARA), PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) serta wakil mahasiswa Tahun 3 pada 8 Jun yang lalu. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah mendengar permasalahan yang dibawa oleh mahasiswa Tahun 3 secara khusus dan seluruh mahasiswa/wi  PERUBATAN secara amnya.  Hasil daripada perbincangan tersebut, berikut adalah kata sepakat yang telah dicapai oleh semua pihak yang hadir berkaitan isu yang diketengahkan:

1)      Ketiadaan Takwim Tahunan bagi Pelajar Pra-klinikal serta Cuti yang Tidak Selaras.Prof. Dr Ashraf Saad Galal,  Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah mengatakan bahawa bukan sahaja mahasiswa, malah pihak Universiti sendiri kecewa kerana tidak dapat menyediakan takwim tersebut. Ini kerana keadaan politik Mesir yang sedang bergolak menyukarkan pihak Universiti membuat perancangan penuh. Ditambah pula dengan sistem modul yang masih lagi dalam tempoh percubaan.  Namun begitu, pihak Universiti akan menyediakan anggaran kasar takwim tahunan pada semester depan bagi memenuhi permintaan mahasiswa/wi Perubatan.

2)      Masalah Visa.Umum maklum tentang kekurangan dalam sistem pengurusan visa. Setelah dikaji, ternyata permasalahan ini berpunca dari Pejabat Imigresen sendiri. Masalah timbul apabila fail-fail mahasiswa/wi  Malaysia hilang selepas kejadian 25 Januari, menyebabkan sulit bagi Madam Sana untuk mendapatkan cop, ditambah pula hanya terdapat seorang sahaja pegawai yang menguruskan visa pelajar asing. Ustaz Khairy Jalaludin, Atase Pendidikan EME sendiri akan membawa hal ini kepada Datuk Duta bagi diselesaikn memandangkan permasalahan ini lebih besar dari yang dijangka. 

3)      Kekurangan Kemudahan di Muwassa
Prof Dr. Ashraf menegaskan bahawa masalah ini akan diatasi apabila bangunan baru di Muwassa siap dalam jangkaan hujung tahun ini. Bangunan tesebut akan menyediakan perpustakaan, kafe, ruang solat serta lebih banyak makmal untuk kegunaan pelajar.

4)      Masalah Akademik.
Kebanyakan dari permasalahan akademik bermula dari staff Universiti yang bertugas seperti pengurusan makmal, muzium Patologi serta ‘e-learning’. Dr. Fathy Al Sewy mencadangkan agar perjumpaan bersama wakil pelajar diadakan secara berkala bagi membincangkan masalah yang bangkit bagi setiap tahun. Cadangan ini disambut baik oleh semua terutama sekali Biro Akademik PCI.

5)      Yuran bagi Pelajar yang Mengulang.
Dr. Fathy menegaskan bahawa yuran pada masa ini iaitu sebanyak USD 2000 bagi satu modul (maksimum hingga 8000 USD) tidak akan dikurangkan dalam tempoh ini kerana yuran ini telah pun dikurangkan daripada tahun-tahun sebelum ini. Begitu juga dengan yuran USD 100 bagi setiap modul untuk peperiksaan musim panas.

Sebelum perjumpaan tersebut berakhir, Dr. Fathy sempat meluahkan perasaan kecewa beliau atas masalah ponteng mahasiswa/wi Malaysia yang semakin kronik dari hari ke hari. Buat masa ini Universiti masih berlembut dalam menyelesaikan perkara ini. Namun, jika perkara ini berlarutan Universiti akan bersikap lebih tegas dalam mengimplementasikan peraturan: tidak cukup 75%, dilarang mengambil peperiksaan.  

Wakil mahasiswa Tahun 3, Aizudin Mokfi  serta Naufal Nordeen telah menyerahkan petisyen yang telah ditandatangani oleh 250 orang pelajar Tahun 3 kepada pihak Universiti. Biro Akademik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam perbincangan ini. Diharap agar perbincangan sebegini dapat memberi kepuasan kepada semua pihak disamping menyelesaikan permasalahan yang timbul. Memegang kata-kata Dr Hala Maklad, Pengarah Eksekutif  IUMP: We always try our best when it comes to Malaysian students.

Pihak yang hadir dalam perjumpaan tersebut:
Dekan, Fakulti Perubatan,  Universiti Iskandariah ; Prof. Dr. Mohammad Ashraf Saad Ghalal
Timbalan Dekan ; Prof. Dr. Fathy Al Sewy
Pengarah IUMP ; Prof. Dr. Hala Maklad
Pegawai Pengurusan Visa ; Madam Sana’
Atase Pendidikan, EME ; Mr. Khairy Jalaludin
Pengarah MARA Timur Tengah ; Mr. Ahmad Sofi bin Abdullah
Wakil EME ; Mr. Faisal Sabhon
Pengerusi PCI ; Mohamad Zairy Fahmy bin Mohd ‘Asri
Timbalan Pengerusi PCI ;  Nur Amalina binti Mohd. Shukri
Timbalan Ketua Biro Akademik, PCI ; Nur Amalina binti Allaudeen
Ketua Pelajar Tahun 3 ; Muhammad Aizudin bin Mokfi
Wakil Pelajar Tahun 3 ; Ahmad Naufal Nordeen

No comments:

Post a Comment