Tuesday, 31 May 2011

SENARAI PENERIMA BANTUAN UMUM PELAJARAN ZAKAT SELANGOR

Assalamualaikum wbth,


Berikut adalah senarai penerima Bantuan Umum Pelajaran (BUP) bagi Mahasiswa Perubatan bagi tahun 2011.  Sila ambil cek anda di Pejabat HEP Selangor Mesir (Hari : Ahad - Khamis, Masa : 8.30 pagi - 3.30 petang)

Sila bawa bersama Pasport dan Buku KPI Tarbiyah semasa berurusan di pejabat. SEMAK NAMA DI SINI

Alhamdulillah dan Harap Maklum

Salam,
UmmiMM

Friday, 27 May 2011

LAST CALL ! preMEDIC 2011 (Bermula 6hb June 2011)

Assalamualaikum wbth,

preMedic adalah program persediaan untuk semua pelajar yang berminat untuk mengikuti Program Perubatan / Pergigian. Tujuan utama preMedic diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada semua pelajar, terutamanya lepasan SPM. Alhamdulillah, 2011 adalah tahun ke4 dimana program preMedic dijalankan oleh MedicMesir dengan kerjasama Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia.

Fokus preMedic adalah kepada 4 subjek utama tahun 1 program perubatan dan pergigian iaitu Anatomi, Histologi, BioKimia dan Fisiologi. Semua kuliah dan sesi makmal dikendalikan oleh Doktor serta pensyarah dari Fakulti Perubatan, UPM, Serdang. Subjek tambahan adalah kelas Bahasa Arab untuk pelajar-pelajar yang akan ke Mesir. Program ini mampu memberi persediaan yang terbaik dan telah terbukti dari keputusan yang baik dikalangan pelajar-pelajar MedicMesir di Mesir. Alhamdulillah !

Pakej yang disediakan merangkumi kuliah, tutorial, sesi makmal, asrama 2 orang sebilik dan makan 2 kali sehari. Nota dan buku-buku dari Mesir juga akan dibekalkan. Kos keseluruhan program adalah RM3000 (pelajar MedicMesir) dan RM4000 (bukan pelajar MedicMesir).
Ianya TERBUKA juga kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian perubatan selain dari Mesir.

Program akan bermula pada 6hb June 2011 sehingga 23hb Julai 2011. Pendaftaran ke asrama akan bermula pada 5hb June 2011. Peserta yang memerlukan pendaftaran lewat dibenarkan dengan hanya memaklumkan pada pihak sekretariat, En Shaiful, di talian 019 3106167.

Jika anda berminat, sila isikan BORANG PENDAFTARAN preMEDIC 2011. Sekretariat MedicMesir akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

Semoga program ini mendatangkan menafaat. Ameen.

Salam,
ummiMM

Thursday, 26 May 2011

MAKAN SEMPENA IMTIHAN 2011 !

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yang lepas, InshaAllah, tahun ini juga MedicMesir berhajat untuk memberi MAKANAN SEMPENA IMTIHAN (Makan Tengahari dan Malam) untuk semua pelajar MedicMesir disemua muhafazah (Alexandria, Tanta, AlAzhar, Ainsham, Mansoura, Zagazig). Untuk urusan ini peruntukan sebanyak 300,000LE telah diluluskan. Sumbangan makan ini dijangka bermula minggu kedua June 2011. Sumbangan TERHAD kepada mereka yang mendaftar sahaja. Terbuka untuk TAHUN 1-3 !

Sumbangan ini adalah dengan harapan semua pelajar MedicMesir dapat menumpukan perhatian terhadap musim imtihan, disamping mempastikan makanan yang bekhasiat dan bersih dibekalkan. Doa agar usaha ini mampu meningkatkan prestasi kecermelangan akademik anak-anak MedicMesir. InshaAllah!

Untuk urusan ini, setiap wakil pemimpin disemua muhafazah harus membincangkan dalam pemilihan pembekal dan modus operandi pembekalan. Cadangan agar, di lantik 2 pembekal agar dapat pilihan variasi menu yang lebih baik. Sila discuss di FB group masing-masing dan email cadangan sebelum 30hb May 2011.

Semoga usaha mendatangkan kebaikan untuk semua anak-anak MM.

Shukran dan Salam Sayang,
UmmiMM


Urusan Rumah Pelajar2 MedicMesir

Assalamualaikum wbth,

Semoga semua warga MM berada didalam pemeliharaan Allah swt, lebih2 lagi saat berhadapan dengan imtihan. Agar diberi kekuatan, kemudahan dan Najjah. Ameen.

Bagi memperkemaskan urusan rumah, dari urusan sewa, menamatkan akad, rumah baru dan apa-apa2 urusan yang memerlukan khidmat Ustaz Saifuddin berjumpa dengan tuan rumah. Mohon sekiranya, dapat dilaporkan melalui BORANG MAKLUMAN BANTUAN URUSAN RUMAH PELAJAR dengan KADAR SEGERA. Ini bagi melancarkan urusan untuk memberi bantuan.

Ustaz Saif akan berhubung dengan wakil rumah untuk urusan selanjutnya.

Harap Maklum. Rabbuna Yusahhil.

Salam,
UmmiMM

Sunday, 22 May 2011

PSD students among 100 in first intake for Johns Hopkins


WASHINGTON: The first intake at the Malaysian campus of world-famous teaching and research medical institution Johns Hopkins University will be in September with 100 students.
The students are expected to include 50 Public Service Department scholarship holders.
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the university's opening would send ripples through the region and be a “phenomenal lure”, adding that it was would also attract students from as far as the Middle East and the Indian subcontinent.
“I am confident the Johns Hopkins medical programme will be a phenomenal lure,” he said at an event to mark the establishment of the John Hopkins Dr Mohan Swami Institute for International Medical Education.
Also at the event in Baltimore, Maryland, were Higher Education Minister Datuk Seri Khaled Nordin, Malaysian Ambassador to the United StatesDatuk Jamaluddin JarjisTan Sri Dr Mohan Swami and the university'schief executive officer Edward D. Miller.
The Johns Hopkins medical programme will be a collaboration with Perdana University, which offers the first private teaching hospital with world-class medical facilities to be established in Serdang under Dr Mohan's Chase Perdana group.
Glad you’re here: Najib meeting Malaysian students at Johns Hopkins University (from left) Sanjay Rampal, Gooi Zhen, Tai Ken Lin and Tan Ik Lin Tan during the ‘Dedication of the Johns Hopkins Dr Mohan Swami Institute for International Medical Education’ at the Anne and Mike Amstrong Medical Education Building in Baltimore, Maryland. Looking on is Jamaluddin (right). – Bernama
Najib was pleased to note there had been good response not only from the local faculty in Baltimore but from others around the world to teach, work and practise in the Malaysian campus.
He said his administration had embarked on a plan to seek out and encourage Malaysians abroad to return home and at the same time, step up efforts for skills training at home.
“That is the reason why I am so excited about this partnership and why I couldn't be more pleased with your decision to establish not only a graduate medical school but also the first private teaching hospital and, more so, a centre for cutting edge clinical research,” he added.
Najib said Johns Hopkins was known for its pioneering work in medicine, which included the use of rubber gloves during surgery that had now become universal practice and had a positive impact on Malaysia's rubber industry.
He said the campus would also encourage more top graduates of Malaysia's universities to stay home as they now had the chance to participate in the world's best medical school curriculum and advanced clinical research without leaving the country.
Dr Mohan said 100 students would be reporting at its temporary campus near the Mardi headquarters in Serdang while the permanent campus was expected to be ready by 2013.

Friday, 20 May 2011

Taklimat MEDICMESIR di UPM: 21hb dan 28hb Mei 2011

Assalamualaikum wbth..

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi dan Asasi Sains yang telah mendapat keputusan masing2 beberapa hari yang lepas.

Bagi yang tidak mendapat CGPA 4 Flat, tetapi masih memegang kepada cita-cita untuk menjadi Doktor, peluang anda masih TERBUKA.

ANDA yang berminat, dipelawa untuk menghadiri sesi Taklimat MEDICMESIR pada

Hari : Sabtu, 21hb May 2011 / 28 hb May 2011.
Masa : 10-12tghri
Lokasi : Dewan Kuliah 4, Fakulti Perubatan, UPM,Serdang (sebelah Hospital Serdang)

BERMINAT untuk hadir? SILA DAFTAR DI SINI.

Jumpa di UPM!

Salam, UmmiMM


Thursday, 12 May 2011

JOM UMRAH! 8TH UMRAH PROGRAM FOR MEDICAL STUDENTS














Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, MedicMesir is priviledged to participate in the 8th Umrah program dedicated for Medical Students. The program is fully sponsored by Islamic Medical Association of Kingdom of Saudi Arabia (IMAKSA)/ World Assembly of Muslim Youth (WAMY). And is in collaboration with Federation of Islamic Medical Associations (FIMA) and its Members (IMAs).

The Malaysian coordinator is Persatuan Perubatan Islam Malaysia ( IMAM - Student Chapter)

Event Date is from : Saturday 9 to Thursday 14 July 2011 (8 to 13 Shaaban 1432 H)

IMPORTANT DATES:
Thursday 7 July to Friday 8 July Arrival and Reception..
Umrah performance.
Free time in Haram Shareef
Friday 8 July Last Date of Arrival to Assembly site in Makkah
Saturday 9 and Sunday 10 July 2011 Makkah program.
Monday 11 July Travel from Makkah to Madina by bus (500 km) through Hijra Road.
Tuesday 12 and Wednesday 13 July Madinah program.
Thursday 14 July Home Departure.

If you are interested, please submit your nomination here. Restricted to male medical students in Mesir and priority given MedicMesir's students and those in leadership role at current muhafazah. Please register before 13th May, Friday, 5pm, (Malaysia Time)

InshaAllah, the Umrah will be a good networking platform between Muslim Medical Students Leaders, thus, in long term would benefit the Ummah!

Salam,
UmmiMM


Wednesday, 11 May 2011

Pengumuman untuk ANAK-ANAK PERAK!

Assalamualaikum wbth,
Sistem Dermasiswa Online kini telah dibuka. Pemohon boleh mengisi permohonan berkenaan di alamat berikut : http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa. Sila buat permohonan secepat mungkin.Sebarang pertanyaan boleh diajukan disini. Sekian

CARA UNTUK MENDAFTAR Sistem Dermasiswa Online :

1.pergi ke alamat berikut http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa
2.anda perlu memenuhi kesemua syarat2 yang ada, dengan cara klik pada box2 tersebut.
3.Bila kesemua syarat dipenuhi, ada butang daftar di bahagian bawah. klik pada daftar tersebut.
4.Bila sudah daftar, baru anda boleh login masuk untuk kemaskini profil anda

Kepada semua anak-anak PERAK yang telah memohon DERMASISWA, sila semak STATUS permohonan anda disini . Sila perlu berbuat demikian sebelum 12hb Mei 2011 untuk mengelakkan sebarang kelewatan memproses dermasiswa tersebut.

Harap Maklum!

Sunday, 8 May 2011

Kursus baru perubatan di semua IPT dibekukan


Assalamualaikum wbth,
Maaf atas kelewatan memberi komen kepada isu ini.

Sila ambil maklum, pembekuan hanya merujuk kepada PENAWARAN KURSUS BAHARU BIDANG PERUBATAN.
Oleh itu, pembekuan ini TIADA KAITAN dengan IPT/IPTS yang telah diberi kelulusan menjalankan program perubatan, jauh sekali, kaitannya dengan pengajian perubatan diluar negara, termasuk Mesir.

Contoh:
Buat masa ini Universiti Teknologi Petronas menjalankan hanya program2 berkaitan dengan industri petroleum. UTP masih belum menjalankan program perubatan. Sekiranya UTP ingin memohon, maka UTP terpaksa menunggu sehingga 2016 untuk diberi kelulusan.

Harap penjelasan ini jelas dan menghilangkan kegusaran pelajar-pelajar bakal Doktor.

Sekian & Salam
UmmiMM

Thursday, 5 May 2011

PENGAMBILAN SURAT TAWARAN ASLI UNIVERSITI

Salam,
Alhamdulillah, semua pemohon untuk 3 program dibawah sudah boleh mengambil surat tawaran asli masing-masing bermula 8hb May 2011 di Fakulti Perubatan, UPM, Serdang.

A:Program yang surat tawaran Universiti sudah boleh diambil:
1. Program Perubatan Mansoura Manchester
2. Program Perubatan Universiti Tanta
3. Program Pergigian Universiti Tanta

Semua pemohon yang mana surat tawaran asli boleh diambil sepatutnya menerima salinan surat tawaran asli tersebut melalui email masing-masing.

B: Cara mendapatkan Surat Tawaran Universiti:
1. Melalui POS terus ke rumah
2. Datang ke Pejabat (hanya selepas 10hb May 2011)
3. Mengambilnya sendiri pada 8hb May 2011, Ahad , di Fakulti Perubatan, UPM , Serdang antara jam 11-12 tghri. Lokasi di Foyer, berhadapan dengan Dewan Kuliah 3. Sila hubungi En Aliff, di talian 019 6206167 untuk urusan pengambilan ini pada hari tersebut.


C: Bayaran
1. Mengambil Salinan yang disahkan. Hanya perlu membayar jumlah yang tertera didalam email. Surat Tawaran Asli akan diberikan setelah pembayaran penuh dibuat.
2. Mengambil Surat Tawaran Asli - Bayaran penuh perkhimatan MedicMesir (kecuali bayaran rumah dan tiket kapalterbang)

D: Akaun Bayaran
1. Sila ambil maklum, MedicMesir tidak menerima sebarang TUNAI samada di pejabat atau di UPM. Bagaimanapun, bayaran melalui cek DITERIMA.
2. Untuk bayaran TUNAI, sila 'bank in' terus ke Maybank, CampusCity Management, 5128 0250 6800. Sila fax atau bawa 'Bank In Slip' semasa mengambil Surat Tawaran ini nanti. Resit akan dikeluarkan.

E: Kes bagi mereka yang belum mendapat email PENGESAHAN TAWARAN
Bagi mereka yang memohon 3 program diatas yang belum mendapat sebarang salinan surat tawaran perlu menunggu sehingga surat tawaran anda sampai ke pejabat MedicMesir.
Jika anda masih belum menerima sebarang email, anda boleh mengesahkan kedudukan masing-masing melalui Borang Pengesahan Status Tawaran.

F: Kes Universiti selain diatas
Bagi Universiti Alexandria, AlAzhar dan Zagazig, surat tawaran akan diperolehi semasa preMedic berlangsung. Bagaimanapun, MedicMesir akan menghantar Surat Tawaran Sementara untuk mereka yang BERJAYA selewat-lewatnya pada hari Isnin, 9hb May 2011. Bagaimanapun, anda boleh menyemak status tawaran mengunakan Borang Pengesahan Status Tawaran.

Untuk kumpulan Universiti Alexandria, AlAzhar dan Zagazig anda hanya perlu menjelaskan wang deposit RM500 + RM320= RM820 semasa PENGESAHAN TAWARAN dibuat. Bayaran penuh hanya sesudah mendapat surat tawaran ASLI Universiti.

G: Kes Universiti AlAzhar (hanya perubatan perempuan) dan Universiti Ainsham
Bagi pemohon kedua-dua program diatas, hanya Surat Tawaran Sementara MedicMesir digunapakai. Ini adalah kerana sistem universiti yang hanya mengeluarkan surat tawaran setelah mendaftar dan yuran pengajian tahun pertama dijelaskan.

H: Tawaran preMedic 2011- Fakulti Perubatan, UPM, Serdang
Semua pelajar yang memohon preMedic akan mula mendapat surat makluman preMedic 2011 bermula Isnin, 9hb May 2011.

Harap makluman ini membantu.

Salam,
UmmiMM

TAKLIMAT MEDICMESIR di KULIM - IPOH - UPM SERDANG

Assalamualaikum wbth,
Semua pemohon baru dijemput untuk menghadiri Taklimat MedicMesir dilokasi pilihan anda dibawah:

Jumaat - 10-12tghri - 6hb May 2011 - Dewan Melor, Kolej MARA Kulim, KEDAH
Sabtu - 10-12tghri - 7hb May 2011 - Hotel Seri Malaysia, IPOH , PERAK
Ahad - 10-12tghri - 8hb May 2011 - Fakulti Perubatan, UPM, Serdang

Mohon warwarkan!



Monday, 2 May 2011

BORANG PERTUKARAN PROGRAM dan UNIVERSITI 2011

Assalamualaikum wbth,

Semoga semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt. Alhamdulillah, setakat ini kebanyakan surat tawaran universiti telah dikeluarkan.  InshaAllah, bagi mereka yang masih belum menerima sebarang maklumbalas, Rabu, 4hb May 2011 adalah tarikh terakhir penghantaran semua maklumat tawaran.  Kesabaran anda amatlah kami hargai dan diucapkan jutaan terimakasih.

Namum, bagi mereka yang telah mendapat tawaran, tapi ingin menukar program dan universiti, sila lakukan di sini, BORANG PERTUKARAN PROGRAM DAN UNIVERSITI
Pihak MedicMesir akan meneliti dan memproses pertukaran anda dalam masa terdekat.


Sila pastikan semua dokumen yang diminta terutamanya borang KPT 2011, SSLN dan Clearance Letter dihantar kepejabat MedicMesir sebelum 15hb May 2011.


Harap Maklum dan TerimaKasih atas minat anda untuk bersama-sama MedicMesir.

Salam,
UmmiMM