Thursday, 28 April 2011

TAKLIMAT TRENGGANU DAN KELANTAN

Assalamualaikum wbth,

PERHATIAN UNTUK WARGA TRENGGANU DAN KELANTAN

TRENGGANU- Jumaat, 29hb APRIL 2011 - 10-12 tghri
DEWAN KULIAH UTAMA, UNISZA , KAMPUS Gong Badak, Kuala Trengganu

KELANTAN - Ahad, 1hb Mei 2011 - 10 - 12 tghri
DEWAN UTAMA, MRSM PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU

Tlg warwarkan!

PROGRAM PERSEDIAAN preMEDIC 2011 dan I LOVE MEDIC 2011

Assalamualaikum wbth,

SUKACITA dimaklumkan bahawa hampir kesemua permohonan telah mendapat pengesahan penempatan diuniversiti.

ALHAMDULILLAH! Tahun ini merupakan tahun ke4 preMedic dijalankan dengan kerjasama MedicMesir dan UPM. preMedic telah berjaya membuktikan bahawa 'Persediaan yang MANTAP, mampu membantu meningkatkan prestasi tahun Pertama' pelajar-pelajar di Mesir. Oleh itu, pendaftaran preMedic 2011 kini dibuka untuk pendaftaran. Pengambilan preMedic 2011 terhad kepada 250 orang pelajar sahaja. Pendaftaran tutup 10hb May 2011.

MAKLUMAN preMEDIC 2011

  • 1. Bermula 5hb June 2011 sehingga 23hb Julai 2011
  • 2. Kelas 6 hari seminggu (Isnin – Sabtu)
  • 3. Kos RM3000 termasuk Kuliah, Buku2 , Nota2 , Asrama 2 orang sebilik dan Makan / Minum 2 kali sehari

KANDUNGAN preMEDIC 2011

  • 1. Kuliah dijalankan di bangunan akademik, Fakulti Perubatan, UPM Serdang
  • 2. Disampaikan oleh Pensyarah UPM
  • 3. Fokus 4 sabjek utama Tahun 1 – Anatomi, Fisiologi, Histologi, Biokimia
  • 4. Kelas Bahasa Arab Amiyah turut diadakan
  • 5. Asrama disediakan di UPM
  • 6. Cuti hanya dibenarkan pada hari Ahad

FORMAT preMedic 2011

  • 1. 9am-12pm – Kuliah sabjek perubatan
  • 2. 2pm-5pm – Sesi Praktikal / Tutor / Group Discussion
  • 3. 8pm-10pm – Bahasa Arab Amiyah

I LOVE MEDIC

Memandangkan tidak ramai yang mendaftar ke program I LOVE MEDIC, maka, Program I LOVE MEDIC akan diserap semasa preMedic berlangsung. Ini adalah juga kerana semua pelajar lebih berminat untuk terus mendaftar untuk preMedic. Program ini diolah daripada pendedahan motivasi kepada yang masih '50-50' mengenai perubatan atau belum mengambil keputusan menceburi bidang Medic kepada bentuk program pendedahan pelajar-pelajar baru dengan 'seniors ' dari Universiti masing-masing. InshaAllah, akan diadakan akhir July, semasa senior pulang bercuti. Ini adalah program yang sama seperti yang dijalankan di Pulau Kapas tahun lepas. InshaAllah

I LOVE MEDIC akan diberi secara PERCUMA. Mereka yang telah membayar akan dipulangkan wang masing-masing.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN

1. Daftar Online disini

2. Bayaran Deposit RM500 semasa mendaftar dan baki RM2500 sebelum 15hb May 2011 atau bayaran penuh RM3000

3. Fax Bank in Slip berserta dengan borang ini sebagai lampiran semasa menghantar bank in slip

4. Fax slip ke 03 89423827 atau email ke medicmesir@gmail.com

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

En Shaiful 019 3106167 (pada waktu pejabat 9-5 ptg) atau azhar.medicmesir@gmail.com


Semoga preMedic akan berjalan dengan LANCAR dan BERJAYA!

Salam,
ummiMM




Surat Tawaran Universiti dan Pengesahan Penerimaan Tawaran

Assalamulaikum wbth,
Semoga didalam rahmat Allah swt.  Bersama ini beberapa update mengenai status permohonan ke Universiti.
MedicMesir mengucapkan MAAF atas kelewatan update ini.  Ini adalah kerana permohonan yang diterima diluar jangkaan pihak kami.  MedicMesir mengucapkan jutaan terimakasih atas sokongan serta minat semua terhadap MedicMesir.
MedicMesir juga ingin merakamkan jutaan terimakasih atas sokongan pelajar-pelajar yang kini di Mesir dan ibubapa pelajar yang banyak memberi 'lead' kepada MedicMesir.
Pihak MedicMesir akan sentiasa cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memperbaiki kelemahan demi masa depan anak-anak yang bersama MedicMesir.  Doa agar usaha kita dipermudahkan Allah swt!.

Pemohonan Mansoura Manchester dan Tanta University
1. Sila ambil maklum bahawa semua surat tawaran ASLI dari pihak Universiti bagi pemohon ke Mansoura-Manchester dan Tanta University telah pun berada di pejabat MedicMesir.
2. Semua pemohon akan dihubungi melalui email makluman untuk tindakan selanjutnya.
3. MedicMesir telah menetapkan tarikh 8hb Mei 2011, 10 pagi, sebagai tarikh untuk mengambil surat tawaran ASLI masing-masing di Fakulti Perubatan, UPM, Serdang.  Sila ikuti langkah seperti didalam email.
4.  Semua pemohon mesti membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam masa 7 hari dari penerimaan email tersebut. Ini adalah kerana tempat adalah TERHAD dan penempatan hanya diberikan kepada mereka yang membuat pengesahan penerimaan tawaran sahaja.
5. Harap bersabar untuk menerima email tersebut, kerana jumlah permohonan yang tinggi dari yang dijangkakan.  Kerjasama semua amat kami hargai.


Pemohonan ke ALEXANDRIA / AZHAR / ZAGAZIG University
1. Semua pemohon akan diberikan surat tawaran MedicMesir melalui email. Ini adalah kerana TEMPAT adalah TERHAD.  Oleh itu, pemohon yang berminat perlu memberi maklum balas pengesahan PENERIMAAN TAWARAN dan memastikan dokumen yang dipohon lengkap kesemuanya.
2. Surat tawaran Universiti akan dikeluarkan kepada yang MENGESAHKAN PENERIMAAN SAHAJA DAN DOKUMEN YANG LENGKAP TELAH DISEMPURNAKAN.  Surat tawaran ASLI akan disampaikan semasa preMedic berlangsung di UPM.

Permohonan ke AZHAR Medic (Banat ) dan AINSHAM
1.  Untuk permohonan kedua-dua universiti ini, hanya surat MedicMesir digunapakai.  Ini adalah kerana pihak Universiti tidak mengeluarkan sebarang surat tawaran sehingga pelajar mendaftar dan yuran dijelaskan.

UNTUK SEMUA PERMOHONAN, TOLONG PASTIKAN ANDA MELENGKAPKAN 3 SET BORANG KPT (KPT / SSLN / CLEARANCE), sebelum 15hb May 2011.

Harap Maklum.  Semoga maklumat ini membantu.

Salam,
UmmiMM












urat Tawaran ASLI Universiti Mansoura , Manchester dan 

Wednesday, 27 April 2011

NOC PELAJAR SESI 2010 / 2011

Assalamualaikum wbth,
Sila ambil maklum, ALHAMDULILLAH
1. NOC pelajar MedicMesir pengambilan Februari 2011 telah siap dan telah berada di MedicMesir. InshaAllah, akan dipos ke rumah masing-masing dalam masa terdekat.

2. NOC pelajar pengambilan September 2010.  Pihak KPT berjanji akan menyerahkannya kepada MedicMesir pada June 2011.  Kelewatan ini kerana terdapat permasalahan 'simpanan dokumen' di KPT.  Untuk urusan ini, pelajar tidak perlu mengisi borang tersebut sekali lagi.  Tetapi, bagi pelajar yang ingin mendapatkan cepat sebelum June, tidak menjadi halangan untuk menghantar borang baru.

Harap maklum dan semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Salam,
UmmiMM

RESIT BAYARAN MEDICMESIR

Assalamualaikum wbth,

Sila ambil maklum, buat masa ini MedicMesir hanya mengeluarkan resit bayaran kepada semua pembayaran yang dibayar semasa taklimat atau di pejabat Seri Kembangan.  Bagi yang membayar secara online, ianya akan mengambil masa selama sebulan, ie, sebulan selepas MedicMesir mendapatkan pengesahan penyata bank pada setiap hujung bulan.  MAAF, jika kelewatan ini menimbulkan sebarang masalah.

Harap Maklum.

Salam,
Akaun MedicMesir.

TAKLIMAT MEDICMESIR - KOTA BHARU, KELANTAN - 1hb May 2011

Assalamualaikum wbth,

Atas permintaan ramai, taklimat MedicMesir yang sepatutnya diadakan esok di Fakulti Perubatan, USM, Kubang Kerian, Kota Bharu diubah tarikh kepada hari
Ahad, 1hb Mei 2011, 10-12 tghri 
di MRSM Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Mohon maaf, tetapi pertukaran ini bagi membuka peluang lebih ramai untuk hadir pada hari cuti umum.
Mohon sebarkan kepada rakan-rakan yang berminat.

Salam

RAYUAN WANG SAKU PELAJAR TAJAAN MARA

Assalamualaikum wbth,

Rayuan ini merujuk kepada pelajar MedicMesir tahun kedua dan ketiga yang terlibat dengan Tajaan Pinjaman Yuran Pengajian MARA. MedicMesir telah mengadakan mesyuarat pertama dengan pihak MARA mengenai perkara diatas.


Pihak MARA juga minta menyampaikan makluman dimana segelintir pelajar yang dibawah tajaan MARA yang turut menerima tajaan JPA agar melaporkan kepada pihak MARA mengenai pilihan tajaan masing-masing. Ini bagi mengelakkan kedua-dua tajaan JPA dan MARA ditarik balik tanpa sebarang persoalan.

Harap Maklum. Semoga usaha ini mendatangkan menafaat. Ameen.

Salam,
UmmiMM (bekas Akauntan MARA 1990)

Tuesday, 26 April 2011

High Tea KL Tower ! MedicMesir Bersama anak2 yatim Darul Kifayah!

Assalamualaikum wbth,
Alhamdulillah,  warga MedicMesir dan JOM yang pulang ke Malaysia semasa Ops Piramid sempat meluangkan masa untuk Hi tea bersama anak-anak yatim Darul Kifayah. 
Link terdahulu: http://www.medicmesir.com/2011/03/majlis-hi-tea-kl-tower-bersama-anak.html
Program ini sangat bermakna buat kami dan anak2 Yatim Darul Kifayah.  Semoga program seumpamanya dapat diadakan pada masa hadapan. Syukran kepada semua yang terlibat.  
Setinggi-tinggi terimakasih kepada 'Kuchai' and Crew (Mansoura Manchester SEM 6) atas pembikinan video High Tea KL Tower!


Salam,
UmmiMM


Saturday, 23 April 2011

TAKLIMAT KHAS PBL MANSOURA MANCHESTER & IMP ALEXANDRIA UNIVERSITY

Salam,

TAKLIMAT diatas pada hari esok, Ahad, 10pagi, di Fakulti Perubatan, UPM Serdang akan berjalan seperti biasa.

Taklimat ini akan memberi penekanan kepada module pembelajaran kedua-dua program perubatan PBL - Mansoura Universiti dan Alexandria. Bagi pelajar yang beminat untuk ke universiti lain turut digalakkan hadir (kerana banyak penekanan juga kepada yg umum)

Mereka yang pernah menghadiri TIDAK digalakkan hadir. Ini kerana memberi laluan kepada yang baru pertama kali menghadiri taklimat. INI BAGI MEMPASTIKAN SEMUA MENDAPAT TEMPAT DUDUK DIDEWAN TAKLIMAT UPM (yang mana kebiasaanya ramai yang terpaksa berdiri).

Siri taklimat PBL akan diulang lagi secara terperinci semasa Program preMedic nanti. Inshallah.


Jumpa esok di UPM!

Salam,
UmmiMM




Thursday, 21 April 2011

Egypt to cancel daylight saving time !

Egypt's interim cabinet decided on Wednesday to cancel daylight saving time after a poll posted on its website showed the majority of Egyptians would approve the cancellation.

The decision came during a cabinet meeting, government sources told Al-Masry Al-Youm. Egypt was scheduled to change its clocks on the last Friday of April.

A poll created by the government on its website showed that 80 percent of participants preferred to cancel daylight saving time, which has been in effect since 1988. It usually lasts from the end of April to the end of September.

Prime Minister Essam Sharaf’s media adviser, Ahmed al-Semman, said on Sunday that daylight saving time brought no economic benefit. It also disturbs schedules of arrivals and departures at the airport, he said. 



http://www.worldtimezone.com/dst_news/dst_news_egypt04.html

Wednesday, 6 April 2011

TAKLIMAT MEDICMESIR - Program Perubatan Mesir 2011 - Isu terkini.

Assalamualaikum wbth,
Sukacita dimaklumkan semua pemohon baru dijemput ke taklimat MedicMesir pada tarikh-tarikh dibawah (MASUK PERCUMA):
1. 17hb April (Ahad) - Fakulti Perubatan, UPM , 10-12 tghri (Taklimat umum) - Ditangguh
2. 24hb April (Ahad) - Fakulti Perubatan, UPM, 10-12 tghri (Taklimat Khas Mansoura Manchester & Alexandria) - (sila rujuk Nota Tambahan dibawah)
3. 28hb April (Khamis) - Fakulti Perubatan, USM, Kubang Kerian, Kelantan, 10-12 tghri
4. 29hb April (Jumaat ) - Fakulti Perubatan, UDIM, Kuala Terengganu, Trengganu, 10-12 tghri
5। 6hb May ( Jumaat) - Kolej MARA Kulim, Kedah, 10-12tghri
6। 7hb May (Sabtu) - Seri Malaysia, Ipoh, 10-12 tghri

Pemohon yang berminat untuk hadir dinasihati untuk mendaftarkan diri untuk menghadiri taklimat diatas di link ini. MedicMesir menghantar pelajar disemua 6 buah universiti yang diiktiraf oleh JPA kecuali Cairo University. Oleh itu, pelajar boleh memohon mana-mana universiti yang bersesuaian dengan minat masing-masing. Pelajar yang terpaksa menukar universiti pada saat akhir juga dibenarkan tanpa sebarang kos.

Nota Tambahan Taklimat Khas Mansoura Manchester & Alexandria program PBL: Buku dibawah akan diberikan kepada yang mendaftar untuk hadir. Sila tuntut sebelum taklimat bermula. Buku ini adalah sebagai rujukan semasa taklimat dan boleh digunakan sebagai persediaan sebelum berangkat. Mansoura Manchester : 3 Buku Module PBL Mansoura Manchester - Semester 1 dan Module 1 Sem1 Alexandria University TERHAD yang mendaftar ONLINE pendaftaran ke TAKLIMAT diatas sahaja.

Semoga usaha ini membantu. Jumpa disana

Salam, UmmiMM, dari Mansoura.

Monday, 4 April 2011

Prof Madya Dr. Harlina : Selarikan Bidang Kedoktoran Dengan Tuntutan Dakwah

Artikel yang perlu dibaca oleh semua bakal-bakal doktor!

Ikhlas dalam setiap pekerjaan adalah kunci kejayaan bagi Profesor Madya Dr Harlina Halizah Haji Siraj atau lebih mesra sebagai Dr Har. Tugas sebagai Doktor Pakar (Klinikal) Obstetriks & Ginekologi (O&G) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sedikit pun tidak menghalang beliau untuk aktif bergiat dalam badan-badan NGO seperti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) (Baca seterusnya)


RAYUAN AWAL MEDICMESIR - JPA - PINJAMAN YURAN LUAR NEGARA 2011

Assalamualaikum wbth,
Makluman ini merujuk kepada permohonan JPA seperti didalam link dibawah:
http://www.medicmesir.com/2011/02/ulangan-pinjaman-yuran-pengajian-luar.html

MedicMesir berhasrat menghantar rayuan awal, khas untuk pelajar yang mendapat Jayyid keatas.  Usaha ini perlu dibuat sebelum keputusan diumumkan.  Oleh itu, diharap semua yang memohon pinjaman sesi 2011 mengisi maklumat didalam borang yang disediakan bagi memudahkan urusan RAYUAN AWAL MEDICMESIR-JPA 2011.  Sila ambil maklum, ini adalah TERHAD kepada mereka yang memohon serta menghantar dokumen selengkapnya kepada JPA pada akhir bulan Februari 2011.

Sila isi makluman anda sebelum 12hb April 2011. Tolong warwarkan kepada semua kawan-kawan yang berkenaan.  Semoga dipermudahkan segala urusan.  Ameen.

Salam,
UmmiMM