Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Taklimat MedicMesir, Zon Tengah, Dewan MedicMesir Bangi, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Cik Nadirah 0133023030. Zon Utara, Hotel Seri Malaysia Ipoh, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Dr Ahmad 0133061313. Zon Pantai Timur, Hotel Habib KB, 7 Julai, 9-11pagi . Hotel Kenangan KT, 8 Julai , 10-12tengahari. Hubungi Encik Fakrul 0197586167

Sunday, 20 February 2011

Perhatian Kepada Anak Negeri (Kelantan,Pahang,Wilayah Persekutuan & Johor)

Assalamualaikum

Perhatian Kepada Anak Negeri:


1) Kelantan - Majlis Kesyukuran & Solat hajat ( 20 Februari 2011 / Ahad ):

Tarikh : 20 Februari 2011 ( Ahad )
Tempat : Balai Islam, Lundang, Kota Bharu Kelantan

Atucara Majlis :
- Solat Hajat
- Sesi Penerangan Daripada Wakil Kerajaan dan Pelajar
- Sesi dialog

Semua ibu bapa dan penuntut Mesir dijemput hadir.

http://mansurah.perubatan.org/2011/02/kelantan-majlis-kesyukuran-dan-solat.html



2) Pahang - Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar ( 21 Februari 2011 / Isnin ):

MAJLIS RAMAH MESRA PELAJAR-PELAJAR ANAK PAHANG DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR BERSAMA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG

Bagi meraikan kepulangan pelajar-pelajar Anak Pahang yang menuntut di universiti-universiti di Mesir, Yayasan Pahang (YP) akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Pelajar-Pelajar Anak Pahang Dari Universiti-universiti Di Mesir Bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang seperti berikut:

Tarikh : 21 Februari 2011 (Isnin) Bersamaan 18 Rabiulawal 1432 Hijrah

Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)

Tempat : Ruang Legar, Kompleks Yayasan Pahang

Pakaian : Kemas

* Semua Pelajar tajaan YP dan Pelajar Anak Pahang (Tajaan Persendirian/MARA/JPA/AmanahRaya) yang menuntut di Mesir dijemput hadir bersama ibubapa. Sila berhubung dengan Ustaz Fared di talian 019-2921855 untukpengesahan kehadiran. Sekian.

http://mansurah.perubatan.org/2011/02/majlis-ramah-mesra-bersama-menteri.html



3) Wilayah Persekutuan - Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar ( 22 Februari 2011 / Selasa ):

Dijemput kepada semua pelajar Wilayah Persekutuan dan ibubapa pelajar untuk menghadiri satu majlis khas iaitu Majlis Silaturrahim YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Bersama Pelajar Wilayah Persekutuan Di Universiti Mesir

Bertempat di : Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 pagi (pendaftaran)
Pakaian : Kemas dan menutup aurat
Pengangkutan: bas di sediakan dari Bangunan PERKIM ke Masjid Wilayah (Bertolak dari jam 9.30 pagi)
Tarikh : 22 Februari 2011 (Hari Selasa)

Akan diadakan sesi soal jawab / dialog bersama Menteri di JPM (Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom)

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai Baitulmal (Ustaz Ahmad Fadli di talian 017-7171114) atau SMS (Nama & Alamat di Malaysia & No. yang boleh dihubungi) sebelum 19 Februari 2011.

http://mansurah.perubatan.org/2011/02/majlis-ramah-mesra-bersama-yb-menteri.html



4) Johor - Kerajaan Negeri Johor Meminta Penuntut Johor Lapor Diri ( Tarikh akhir lapor diri : 22 Februari 2011 ):

Makluman penting buat semua penuntut Johor yang pulang ke tanah air, Kerajaan Negeri Johor telah meminta melalui Akhbar Utusan Malaysia 18 Februari 2011 supaya semua penuntut Johor yang dibawa pulang perlu melapor diri kepada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) bagi mengesan jumlah sebenar mereka yang terlibat dan seterusnya memudahkan sebarang urusan.

Makluman ini juga melibatkan pelajar-pelajar Johor tajaan JPA, MARA dan lain-lain agensi, dan melibatkan semua pelajar Johor yang dihantar pulang tidak kira dari Muhafazah mahupun Kaherah.

Tarikh akhir untuk proses lapor diri ini ialah 22 Februari 2011. Proses lapor diri boleh dibuat melalui:

Tel:
07-2344355
07-2666011
019-7755433
016-7486476
017-7422278
012-7058766

Borang Web:
BKPJM Box

Borang ini perlu diisi dan dihantar kepada YPJ melalui emel ypjedujh@tm.net.my

http://mansurah.perubatan.org/2011/02/kerajaan-negeri-johor-minta-penuntut.html

No comments:

Post a Comment