Monday, 31 January 2011

Egypt Air ke Middle East and Asia dibatal

Di laporkan semua penerbangan EgyptAir ke Middle East dan Asia termasuk Malaysia telah dibatalkan hari ini hingga kesatu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Hanya penerbangan ke Europe sahaja masih beroperasi.

Tiket Qatar Airways

Salam untuk semua ibubapa
Untuk sesiapa sahaja hendak membawa balik anak mereka melalui Qatar Airways bolehlah berhubung terus dengan Pejabat Qatar Airways di KL 03-21186100 (Cik Shima). InsyaAllah ko-ordinator kita boleh membantu menghantar ke Airport.

Contoh laluan penerbangan
1. Cairo - KL, 4/2/11, 2.55pm Waktu Mersir - harga tiket MYR 2974
2. Alexandria - KL 4/2/11, waktu belum confirm lagi - harga tiket MYR 3743

Terkini di Kaherah - Berkumpul di ARMA

Salam
Semua pelajar di Kaherah telah di minta berkumpul di ARMA sebelum jam 2 petang hari ini. Sentiasa doakan dan solat hajat untuk keselamatan mereka.
Salam dari Ummi di Kaherah.

Agihan Makanan dan bantuan kewangan

Salam
Untuk makluman
1. Pembelian stok makanan setempat - minta pelajar berurusan dengan kordinator masing di lokasi mengikut bandar.
2. Bantuan pinjaman kewangan juga telah diperuntukkan.


Menginap bersama-sama untuk tujuan keselamatan

Salam
Semua pelajar dinasihatkan untuk tinggal secara berkumpulan di rumah-rumah tertentu atau berkumpul di tempat berikut mengikut lokasi masing-masing
1. Mansoura (Imarah Yayasan Terengganu) - Asyraf +2011 7462 1821
2. Tanta (Imarah MedicMesir) - Ust. Ameer +2011 858 1117
3. Kaherah (ARMA atau Rumah-rumah negeri)
4. Alexandria (Imarah MARA) - Peg. Mara Ust. Ishak +2011 693 4991

Perjumpaan Ibubapa, JPM dan Kem. Luar Negeri.

Salam untuk semua
Satu perjumpaan antara Ibubapa, Setiausaha politik PM, Dato' Sahlan, dan Setiausaha Politik Menteri Luar Negeri, Dato' Norhaidi dan bekas Duta Malaysia Dato' Zainal yang baru pulang dari Mesir telah diadakan di Palm Garden, IOI berhampiran Putrajaya semalam (30hb Jan 2011). Hampir 100 orang telah hadir walaupun dijangka 20 orang sahaja. Tujuan diadakan ialah untuk berkongsi maklumat serta taklimat rengkas mengenai perancangan yang akan dilakukan

Antaranya:-
1. Ibubapa diharap bersabar dan bertenang dengan situasi sekarang kerana keadaan masih terkawal.
2. Wisma Putra telah membuka bilik operasi 24jam dan membuat pemantauan berterusan mengenai perkembangan di sana. Tel: 03-8889 2746 / 8887 4570.
Manakala Bilik Operasi di Kedutaan Besar Malaysia di Mesir: Tel: +202-3761 0013 ext. 116 / +202-3761 0164, Pegawai bertugas: Hj. Shahrudin, Hj. Shamsul, En. Iskandar
3. Pada hari ini keadaan di Mesir di berikan Kod Oren yang membawa makna berjaga-jaga. Sebelum ini diberi Kod Kuning - keadaan masih selamat.
4. Dimaklumkan mesyuarat di Wisma Putra akan di adakan lagi pada hari ini (Isnin, 31hb)
5. Anak-anak di minta dihubungi dari masa ke semasa dan perlu diingatkan untuk tidak turut bersama berdemonstrasi, tidak dengan sengaja pergi ketempat-tempat sensitif dimana rakyat Mesir akan berkumpul untuk memulakan demonstrasi.
6. Ibubapa juga diminta untuk menasihati anak-anak supaya tinggal berkumpul dalam kelompok yang lebih ramai
7. Pelajar juga diminta untuk menyimpan stok simpanan makanan berlebihan.
8. Jika ada pelajar yang ingin balik, pihak WP mengatakan eloklah berbuat demikian sekiranya berpeluang terutama yang telah tamat peperiksaan. Menurut pihak Wisma Putra ada kira-kira 11,000 pelajar di Mesir dan sehingga ini 350 telah kembali ke tanah air.
9. Dato' Norhaidi dan Dato' Sahlan akan ke Egypt untuk meninjau dan membuat perancangan selanjut. Misi ini juga penting untuk mengatur strategi dan ko-ordinasi dengan kakitangan di Mesir disamping mendapat maklumat terkini dan 'first-hand'.
10. Berita dari CNN dan seumpamanya kini dikhuatiri terlalu mengeksploitasi situasi khususnya kepada negara-negara Islam.

Turut di ingatkan kejadian ini ada banyak hikmah untuk pelajar-pelajar Malaysia dan akan memberi pengalaman besar buat mereka. Mudah-mudahan maklumat ini membantu disamping doa-doa berterusan dari ibubapa sekelian.
T/kasih.

Sunday, 30 January 2011

Nasihat untuk anak-anak

Salam untuk semua ibubapa
Memandangkan suasana pergolakan di Mesir masih berterusan adalah disarankan ibubapa turut menghubungi anak masing-masing secara berkala. Di dapati panggilan telefon adakalanya dapat dibuat ke sana.
Sila nasihatkan mereka:-
a. Untuk tidak sekali-kali terlibat dan turun ke demonstrasi jalanan
b. Jika ada keperluan untuk keluar membeli barangan, minta mereka keluar secara berkumpulan
c. Keluar hanya waktu selamat - jangan keluar terutamanya selepas jam 4 petang hingga 8 pagi
d. Beli barangan makanan sedikit berlebihan untuk stok simpanan
e. Guna masa dirumah sebaik mungkin untuk mentelaah pelajaran
f. Jangan keluar untuk sengaja melihat-lihat / mengintai / mengambil gambar suasana demonstrasi.
h. Jangan bertandan kerumah kawan-kawan terutamanya sebelah petang dan malam

Kepada ibubapa yang berhasrat untuk bercuti ke Mesir sempena cuti Tahun Baru Cina di nasihatkan untuk menangguhkan perjalanan tersebut.

Mudah-mudahan peringatan ini dapat membantu, InsyaAllah.

Friday, 28 January 2011

Demonstrasi di Mesir

Salam untuk semua
Keadaan di Mesir di laporkan tegang. Di laporkan perarakan besar-besaran di rancang selepas solat Jumaat. Buat masa ini Ummi sekarang berada di Mesir. Pelajar-pelajar Malaysia di minta tidak terlibat sama sekali. Semua hubungan komunikasi melalui telefon, SMS dan internet telah diputuskan lewat jam 4.30petang waktu malaysia. Laman FB, twitter, dll telah di blok. Mohon turut sama berdoa moga krisis politik ini dapat mereka tangani dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah swt dan tidak terganggu pengajian mereka. InsyaAllah.

Berita terkini boleh di lawati di :-


Manchester Student Exchange Program



Congrats! Naazirah(mak), Khadijah, Farah Amaludin for being selected to 'Manchester Student Exchange Program'...proud of u peeps...May the experience gain will benefit all Mansoura Manchester students. Insha Allah...
UMMI

Thursday, 27 January 2011

Pengambilan Februari 2011

Salam,
Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan Februari 2011 masih lagi DIBUKA. Permohonan ini diBUKA untuk SPM 2007,2008, 2009 dan 2010. Sila DAFTAR ONLINE DISINI

Untuk makluman lanjut mengenai pengambilan ini. Sila download INFOPACK 2011 disini. Sila ambil maklum, bahawa akan berangkat sekitar 23hb Februari 2011. Kelas khas ini akan bermula pada akhir Februari 2011. Untuk makluman lanjut sila berhubung dengan En Aliff Afzan di talian 019 6206167

Semoga peluang ini dimanfaat sebaik mungkin.

Salam,
Sekretariat Pengambilan 2011

Saturday, 22 January 2011

MedicMesir~Rus~Infaq

Salam,
Sukacita dimaklumkan, MedicMesir menguruskan edaran beras dengan kadar separuh harga dari harga jualan biasa. Oleh itu mana-mana pelajar yang berminat untuk membuat tempahan, sila isikan BORANG MM RUS INFAQ.

Edaran akan dibuat dimuhafazah masing-masing melalui koordinator yang akan dimaklum kemudian.

Membeli dengan niat untuk menjual semula adalah DILARANG sama sekali.
Usaha ini adalah dibiayai melalui wang peninggalan arwah Ibu Ummi yang dipesetujui oleh semua keluarga untuk dimanfaat kepada anak2 Mesir yang bermusafir mencari Ilmu. Alfatihah buat Arwah. Semoga usaha ini mendatangkan manfaat. Ameen.

Ikhlas dan Salam Sayang,
UmmiMM


Wednesday, 19 January 2011

TAKLIMAT PROGRAM PERUBATAN 2011 - INTAKE FEB 2011 & OKT 2011

Salam...
Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat mengenai Program Perubatan Mesir akan diadakan spt dibawah:

AHAD, 23 hb JANUARI 2011, 10-12 tghri
Dewan Kuliah 3, Fakulti PERUBATAN, UPM

Utk pengesahan kehadiran sila sms -akan hadir 23hb Jan- ke 019 6206167 atau

Sila ambil maklum, tarikh berangkat ke mesir utk pengambilan Februari adalah 24hb FEB 2011. Sila hebahkan kepada rakan-rakan terutama SPM 2008 / 2009 / 2010. Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan.

Salam hormat
UmmiMM

Friday, 7 January 2011

Pengambilan KHAS FEBRUARI 2011

Salam,
Sukacita dimaklumkan bahawa, MedicMesir akan mengadakan Taklimat Khas kepada pelajar lepasan SPM yang ingin mendapatkan maklumat mengenai 'Pengambilan KHAS FEBRUARI 2011'.

Taklimat akan diadakan pada hari Sabtu, 15hb Januari 2011, di Dewan Kuliah Utama 3, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang. Masa: 10-12 tengahari. Masuk PERCUMA

Sila isikan borang pengesahan kehadiran. (klik sini). Sila bawa bersama salinan sijil lahir dan slip SPM semasa pendaftaran taklimat.

TARIKH BERANGKAT KE MESIR 24HB JANUARI 2011. Pelajar akan dimasukkan didalam kelas khas dan jadual imtihan juga tidak sama dengan pelajar yang terdahulu. Bagaimanapun, pelajar yang lulus akan masuk ke tahun 2 bersama-sama pelajar terdahulu pada bulan Oktober 2011.

Pelajar Matrikulasi, Asasi sains, PASUM dan mana-mana yang berkaitan digalak untuk hadir.
Sebarang pertanyaan sila berhubung En Aliff, di talian 019 6206167

Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Salam,
Siti Haniza Mohd Nazri @ ummiMM