Friday, 27 March 2009

Taklimat MedicMesir, Sabtu, 28hb Mac, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang

Salam,
Anda, pelajar samada yg telah memohon atau belum, semua dijemput ke Sesi Taklimat Program Perubatan Mesir 2009. Pendaftaran bermula jam 9pagi. Program bermula 10pagi-1tghri. Masuk PERCUMA. Sila bawa slip SPM dan sijil lahir. Bagi yang berminat deposit pendaftaran hanya RM500
Jangan lepaskan peluang ini...
- sekretariat

Monday, 23 March 2009

Trip to Cairo!

28thMac 2009, MedicMesir in collaboration with Mansoura University had organized a trip to Cairo. 44 students were involved....Among the places visited are Sendibad, Hussein, Cairo Tower...and few others...We wish to say...Many and Many Thanks to University for the effort!! (and sponsor too)....Looking forward for coming trip to Alexandria!...Shukran!!

(Click image below to view more pix....)

'mini-report' by Wani(Sports & Outdoor Activity MedicMesir Biro)

Friday, 20 March 2009

Online application

Salam,
Kepada pelajar yang telah memohon online melalui sistem Quick Apply. Sila pastikan anda upload slip SPM. Permohonan tanpa slip SPM akan di KIV sehingga slip diterima. Sila ambil maklum , pihak MedicMesir mengambil masa 5-7 hari bekerja untuk menghantar maklumbalas kepada anda. Ini adalah kerana jumlah permohonan agak ramai dan kami mengambil masa untuk menilai kelayakan pelajar mengikut ranking universiti.
Sila call terus kepada Sekretariat, Cik Aini, 038948 9030 sekiranya anda tidak mendapat sebarang jawapan selepas 7 hari permohonan dibuat.
Harap Bersabar & Terima Kasih atas minat anda terhadap MedicMesir.

Salam ikhlas,
Sekretariat MedicMesir

Wednesday, 18 March 2009

Budget & Planning Aktiviti Pelajar - Mansoura & Tanta

Salam,
Mohon semua exco pelajar MedicMesir di Mansoura dan Tanta untuk mengemukakan keperluan budget untuk program pelajar setakat tahun akademik 2009 (July 2009). Sila kemukakan keperluan biro sebelum 1hb April 2009. Senarai budget yang diluluskan akan dimaklumkan pada minggu pertama May 2009. Sila ambil maklum, perancangan budget ini penting bagi mempastikan aktiviti pelajar berjalan secara terancang dan bukan improntu...
Sekian...

sitihaniza @ ummi

Yuran Pengajian Universiti Pelajar MedicMesir Sesi 2008

Salam ...

Semua pelajar MedicMesir yg kini di Alex / Tanta / Mansoura /Ainsham,
Sila ambil maklum bahawa yuran universiti untuk sessi 2008/2009, perlu dibayar selewat2nya 15hb April 2009. Sila sediakan bank deraf terus atas nama university dan poskan ke pejabat MedicMesir.
Pelajar yang ingin mendapatkan bantuan MedicMesir utk urusan deraf, sila berhubung terus dengan Cik Suhana di talian 0389489030
Semoga Allah swt memberi kita kekuatan serta permudahkan Imtihan kita yg bakal menjelang...Ameen Ya Raab

ikhlas,
siti haniza @ ummi

Saturday, 14 March 2009

upload slip SPM

Salam,

Terimakasih atas permohonan anda semua. Pelajar SPM2008 yang memohon sebelum keputusan SPM diumumkan, mohon upload 'Slip SPM' di ruang 'Semak.Status.Permohonan' atau fax ke 03 89423827 dengan kadar SEGERA. Ini bagi membolehkan pihak kami mengeluarkan surat tawaran sesuai dengan kelayakan anda.

Harap Maklum
Sekretariat MedicMesir

Friday, 13 March 2009

Biasiswa / Pinjaman Yayasan Trengganu

Salam,
Yayasan Trengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan daripada Anak Negeri Trengganu Darul Iman mendapatkan pinjaman bagi Pengajian Perubatan / Pegigian di Mesir dan beberapa negara lain.
Makluman lanjut, sila layari http://www.ytrg.trengganu.gov.my/
Permohonan tutup pada 26hb Mac 2009.
Harap Maklum.
siti haniza @ ummi

Thursday, 12 March 2009

Taklimat Program Perubatan Mesir 2009/10

Salam,

Sem
ua pelajar yang berminat menyertai Program Perubatan Mesir 2009/10, dijemput hadir ke sesi dibawah :

SELANGOR
Tarikh : 28hb Mac 2009
Hari : Sabtu ( 10pagi- 1 tengahari)

Tempat : Fakulti Perubatan , UPM,

Serdang, Selangor (sebelah Hospital Serdang)

TRENGGANU
Tarikh : 3hb April 2009

Hari : Jumaat (10pagi-1 tengahari)
Tempat : MRSM, Kuala Trengganu

KELANTAN
Tarikh : 4hb April 2009
Hari : Sabtu ( 10pagi- 1 tengahari)

Tempat : MRSM Pengkalan Chepa

Sahkan kehadiran ,nyatakan nama & lokasi taklimat melalui sms ke019 3106167

Sekretariat MedicMesir

Wednesday, 11 March 2009


Program ini dirumus khas untuk anda...terutamanya SPM 2008. Ya, universiti di Mesir menerima kemasukkan pelajar 'direct lepas SPM'. Namun, kebiasaannya, pelajar lepasan SPM mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan sabjek2 perubatan, jika dibandingkan dengan pelajar yang telah mengikuti program Maktrikulasi / Foundation Sciences / Al-Level / Diploma Sains....

Oleh itu, program 10 minggu ini, akan memberi pendedahan awal kepada mereka yang ingin 'memantapkan diri' sebelum memasuki tahun pertama pengajian. Keputusan Tahun Pertama amat penting untuk mendapatkan penajaan pada tahun kedua dan berikutnya. Silibus bersandarkan topik-topik penting Tahun Pertama di Mesir kelak.

Pensyarah yang akan mengajar adalah pensyarah / doktor dari Malaysia dan Mesir.

Jangan lepaskan peluang.....DAFTAR SEKARANG!!.!!!....Jom MUMTAZ !!!

Salam ikhlas,
ummi :-)

Tuesday, 10 March 2009

Monday, 9 March 2009

Maulidur Nabi Muhammad saw...

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.....

Nabi Muhammad saw dilahirkan pada tahun gajah, yakni tahun dimana Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Makkah dan menghancurkan Ka’bah dengan pasukan gajahnya. Lalu Allah menggagalkannya dengan mu’jizat sebagaimana diceritakan dalam Surat Al-Fiil. Menurut pendapat yang paling kuat, beliau lahir pada hari Senin malam, 12 Rabi’ul Awwal.

Beliau lahir dalam keadaan yatim. Ayahnya (Abdullah bin Abdul Muthalib) meninggal ketika ibunya (Aminah binti Wahhab bin Abdu Manaf bin Zuhra) mengandung beliau saaw dua bulan. Lalu beliau di asuh Abdul Muthalib, dan disusukannya kepada Halimah binti Abu Dzu’aib, seorang wanita dari Banu Sa’ad.

Pada waktu itu pedalaman Banu Sa’ad sedang mengalami musim kemarau yang menyebabkan keringnya ladang peternakan dan pertanian. Tidak lama setelah Muhammad saaw tinggal di sana, pedalaman Banu Sa’ad kembali menghijau, sehingga kambing-kambing pulang dengan perut kenyang dan penuh air susunya. Kehadiran Muhammad saaw telah membawa keberkahan di sekitarnya.

Ketika masih kecil, Muhammad saaw didatangi dua malaikat yang membedah dadanya untuk mencuci hatinya dengan air dari surga dan dengan air zamzam.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Rasulullah s.a.w telah didatangi oleh Jibril as ketika baginda sedang bermain dengan kanak-kanak. Lalu Jibril as memegang dan merebahkan baginda, kemudian Jibril as membelah dada serta mengeluarkan hati baginda. Dari hati tersebut dikeluarkan segumpal darah, lalu Jibril as berkata: Ini adalah bahagian syaitan yang terdapat dalam dirimu. Setelah itu Jibril membasuh hati tersebut dengan menggunakan air Zamzam di dalam sebuah wadah yang terbuat dari emas, kemudian meletakkanya kembali ke dalam dada baginda serta menjahitnya sebagaimana asal. Dua orang kanak-kanak segera menemui ibunya yaitu ibu susuan Rasulullah saaw dan mereka berkata: Muhammad telah dibunuh. Seterusnya mereka mengusung baginda, ketika itu rupa baginda telah berubah. Anas berkata: Aku benar-benar pernah melihat bekas jahitan tersebut di dada baginda. (HR. Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasa`i, Abu Daud, Ahmad bin Hanbal)

Sunday, 8 March 2009

Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara 2009 Lepasan SPM 2008

Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2009.
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.

Maklumat lanjut mengenai program atau bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh iklan disiarkan. Kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon perlulah dibaca dan difahami sebelum membuat permohonan.
Syarat-Syarat Umum
Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2008;
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut:- Bahasa Melayu;- Sejarah; dan- Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan;
Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 23 sehingga 27 Mac 2009.
Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor : 18 Mac 2009
Temuduga

Keputusan panggilan temuduga JPA : 25 Mac 2009
Keputusan panggilan temuduga MARA : 27 Mac 2009
Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 31 Mac hingga 3 April 2009.
Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
Masalah Teknikal
Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853550 atau 03-88853559.
Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.
Pertanyaan
JPA

Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my
MARA
Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my.
Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web JPA dan laman web MARA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009

Friday, 6 March 2009

SPM 2008 Apa yg perlu anda buat sekarang???

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.....

Apa yg perlu anda buat SEKARANG?
1. Daftar online di dlm sistem QuickApply MedicMesir.
2. Pada hari keputusan, faxkan slip SPM anda ke 03 8942 3827.
3. Dlm masa 7 hari, pilih samada utk memohon JPA atau MARA spt dlm link diatas.
4. Pastikan anda hadir di sessi Taklimat pada 28hb Mac 2008 di Fakulti Perubatan, UPM Serdang. Taklimat bermula jam 10pagi. Jamuan disediakan.
Sila bawa salinan slip SPM/sijil lahir semasa pendaftaran.

Sebarang pertanyaan, sila sms / call / miss call di 019 3106167 atau YM di medicmesir.

Warga MedicMesir mendoakan agar keputusan SPM anda CEMERLANG! Ameen Ya Raab!

Salam alayk!
Siti Haniza @ ummi

Notis untuk pelajar Tahun 1 Tanta University

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.....

Pelajar2 di Tanta Uni. Sila ambil maklum perkara2 berikut:

1. Bekalan makanan tengahari & malam PERCUMA SEBULAN akan berakhir pada 9hb Mac 2009. Ha..ha...sudah tiba masanya utk menguji kepandaian memasak diperantauan...pastinya hebat2 belaka..

Terimakasih kpd Ustaz Azam atas khidmat catering kalian...(memang sedap!!)

2. MedicMesir membekalkan set lengkap 'Skeleton Original'. Pembekalan ini adalah untuk mempastikan 'Skeleton' ini membantu anda semua didalam pembelajaran terutamanya subjek Anatomy. Pihak pembekal sedang menyiap wax sebelum boleh diambil oleh pelajar.

Harap Maklum & Selamat Belajar !!

Salam alayk
sitihaniza aka ummi

Sunday, 1 March 2009

Surat Tawaran Program Perubatan Mesir Pengambilan Sept 2009

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.....
Sekretariat MedicMesir momohon maaf atas kelewatan pengeluaran Surat Tawaran untuk Program Perubatan Mesir , pengambilan September 2009. Ini kerana, kaunselor MedicMesir baru pulang dari Mesir dan jumlah yang perlu diproses agak banyak. Kami berharap agar, surat tawaran akan dihantar kepada pemohon secara berperingkat bermula 2hb hingga 7hb Mac 2009.
Kesulitan amat dikesali. TerimaKasih kerana memilih untuk bersama-sama MedicMesir.

salam ikhlas,
sitihaniza.aka.ummi
019.310.6167